ISTANBUL: Dua juruterbang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) terselamat selepas tercampak keluar dari jet pejuang F/A-18 yang ditembak jatuh di Laut Merah, dipercayai akibat insiden ‘tembakan sendiri’, lapor Agensi Anadolu (AA).
Kedua-dua juruterbang selamat, dengan hanya seorang mengalami kecederaan ringan, menurut kenyataan Markas Pemerintah Pusat AS (CENTCOM).
“Kapal penjelajah peluru berpandu USS Gettysburg, yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Serangan Kapal Induk USS Harry S. Truman, secara tidak sengaja melepaskan tembakan dan terkena F/A-18,” menurut CENTCOM.
Jet pejuang itu beroperasi dari kapal pengangkut pesawat Truman.
Insiden itu berlaku di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak di rantau itu. – BERNAMA-AA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.