comscore
Tumpuan :
Dunia

Tentera A.S. lancar serangan ke atas 15 lokasi Kumpulan Houthi

Foto: Reuters

YEMEN: Pergolakan di Asia Barat turut menyaksikan sekutu rapat Israel, Amerika Syarikat melancarkan serangan udara menyasarkan 15 kawasan dikawal Kumpulan Houthi di Yemen.

Kawasan terbabit dikatakan menjadi lokasi sistem senjata, kem tentera dan kelengakapan milik Kumpulan Houthi.

Empat serangan disasarkan ke Sanaa manakala tujuh lagi bedilan disasarkan ke bandar pelabuhan Hodeidah.

Asap hitam kelihatan di daerah Katheib dan di Lapangan Terbang Hodeidah.

Satu lagi serangan mengenai sebuah lokasi di wilayah Dhamar dan sebuah lagi kawasan di tenggara Sanaa.

Pusat Arahan tentera Amerika Syarikat ‘CENCOM’ dalam kenyataan mendedahkan serangan dilancarkan bagi memastikan keselamatan bagi negara sekutunya. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini