AMERIKA SYARIKAT: Polis memburu suspek di kawasan bukit berhampiran hutan simpan negara, selepas sekurang-kurangnya tujuh pengguna lebuh raya cedera akibat terkena tembakan oleh individu yang tidak diketahui.
Insiden itu bermula sekitar jam 6 petang waktu tempatan, kira-kira 14 kilometer dari bandar London, apabila polis bertindak balas terhadap laporan tembakan yang menyasarkan kenderaan di Lebuh Raya Interstate 75 di daerah Laurel.
Tembakan dipercayai datang dari kawasan hutan atau jambatan.
Bagaimanapun tiada kematian yang dilaporkan setakat ini.
Susulan itu, penduduk berhampiran diingatkan agar mengunci pintu mereka sementara suspek masih bebas.
Beberapa jam selepas kejadian, pejabat Ketua Polis Daerah Laurel mengenal pasti seorang individu yang disyaki yang dianggap bersenjata dan berbahaya.
Pihak Berkuasa Persekutuan dari biro alkohol, tembakau, senjata api dan bahan letupan juga telah dipanggil untuk membantu siasatan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.