GAZA: Tembak-menembak tercetus di Rafah ketika konvoi bantuan kemanusian mula masuk ke Gaza pada hari kelima gencatan senjata.
Kejadian berlaku berhampiran sebuah trak membawa bantuan yang rosak di tepi jalan dan menyebabkan penduduk lari bagi menyelamatkan diri.
Sebelum tembak-menembak tercetus, beberapa individu dilihat sedang cuba menukar tayar trak berkenaan.
Setakat ini tiada pengesahan pihak yang terlibat dalam serangan.
Pertahanan awam Gaza melaporkan serangan kereta kebal rejim zionis mengorbankan dua rakyat Palestin, pada hari sama.
Kejadian berlaku ketika Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) mengumumkan 653 trak bantuan memasuki Gaza pada Khamis.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.