comscore
Tumpuan :
Dunia

Taufan Yagi ragut 16 nyawa, 21 hilang di Filipina

FOTO: Reuters

MANILA: Angka korban banjir dan tanah runtuh akibat taufan Yagi mencecah 16 orang manakala 21 dilapor hilang di Filipina.

Menurut agensi bencana negara dan polis, 15 orang cedera dan 1.7 juta penduduk terjejas berikutan cuaca buruk di 26 wilayah dan ibu kota Manila sejak hujung minggu lalu.

Berkenaan penduduk yang terjejas, 106,834 orang terpaksa berpindah apabila paras air naik sehingga ke paras dada di beberapa kawasan..

FOTO: Reuters

Sembilan daripada angka korban meninggal dunia akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Wilayah Rizal, di timur Manila.

Lima lagi maut kerana lemas dalam banjir, sementara seorang lagi maut terkena renjatan elektrik di bandar raya Cebu dan Naga dan Wilayah di Occidental Negros dan utara Samar.

Kira-kira 50 kawasan masih banjir, terutamanya di wilayah timur Visaya.

FOTO: Reuters

Ribut tropika Yagi bertukar kepada taufan dan mempunyai kelajuan tiupan angin 130 kilometer sejam (km/j) dan boleh mencecah 157 km/j, menurut Pusat Amaran Bersama Taufan.

Menurut Biro Cuaca Filipina, ia bergerak meninggalkan Filipina dan diramal melanda Hong Kong sebelum beralih ke bahagian daratan di selatan China pada hujung minggu.

Taufan itu dijangka bergerak ke arah utara Vietnam dan juga membawa hujan di wilayah utara dan timur laut Thailand.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini