VIETNAM: Angka kematian akibat Taufan Yagi di Vietnam meningkat kepada 141 orang, manakala usaha mencari dan menyelamat 59 penduduk yang hilang dipergiatkan.
Agensi Pengurusan Bencana memaklumkan hujan lebat mencetuskan banjir dan tanah runtuh.
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran banjir di Hanoi susulan peningkatan paras Sungai Merah.
Kesan buruk turut dialami penduduk di utara Vietnam termasuk kerosakan harta benda.
Premis perniagaan juga terjejas teruk dengan sebahagian kawasan terputus bekalan elektrik, selain beberapa sekolah terpaksa ditutup sebagai langkah keselamatan. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.