Tumpuan :
Dunia

Taufan Yagi: 4 maut dalam banjir teruk di Thailand

BANGKOK: Banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat dibawa Taufan Yagi meragut empat nyawa di utara Thailand dan menenggelamkan ribuan rumah.

Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra berkata bantuan sedang dalam perjalanan kepada kira-kira 9,000 keluarga yang dilanda banjir di wilayah utara Chiang Mai dan Chiang Rai.

 

Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana mengesahkan kematian pertama berkaitan Yagi di negara itu.

Foto: Reuters

Dua orang terbunuh akibat tanah runtuh di wilayah Chiang Mai dan dua lagi di Chiang Rai, yang bersempadan dengan Myanmar.

Kementerian Kesihatan berkata mereka telah mengerahkan kakitangan perubatan, sukarelawan dan pasukan penyelamat untuk memindahkan penduduk yang terjejas ke tempat yang lebih selamat.

Jabatan Meteorologi Thailand juga memberi amaran bahawa lebih banyak hujan lebat dijangka berlaku sehingga Selasa depan, membawa risiko banjir kilat baharu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini