MANILA: Taufan Toraji melanda utara Filipina pada Isnin membawa angin kencang serta hujan lebat yang mengakibatkan pokok tumbang dan jalan raya dinaiki air.
Toraji dengan kekuatan angin 110 hingga 185 kilometer sejam, mendarat di wilayah Aurora pada pagi Isnin.
Menurut biro cuaca Filipina, Toraji yang juga dikenali taufan tropika Nika diramal merentasi pulau Luzon dan melalui daratan di barat wilayah Ilocos.
Untuk rekod, secara purata sekitar 20 ribut melanda Filipina setiap tahun, membawa hujan lebat, angin kencang, dan tanah runtuh yang mengorbankan nyawa penduduk.
Rentetan keadaan cuaca buruk yang diramal sehingga awal tahun depan, rakyat negara itu terutama di kawasan yang sering terjejas oleh bencana disaran sentiasa waspada dan peka dengan keadaan semasa.
Ada juga penduduk yang dinasihati untuk berpindah sekiranya situasi bertambah buruk.
Dalam pada itu, pasukan keselamatan juga telah bersiap siaga untuk di kerah ketika keadaan memerlukan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.