Tumpuan :
Dunia

Taufan Nicole menuju ke arah Pantai Atlantik Florida

Foto Ihsan NOAA

FLORIDA: Taufan Nicole yang membadai Bahamas semalam setelah peningkatan tahap daripada ribut tropika, kini semakin menghampiri pantai Atlantik Florida, Amerika Syarikat.

Deruan angin dan ombak ketika air pasang bergerak ke arah pantai yang sebahagiannya terhakis dapat dilihat dari Seaview Avenue di Pantai Daytona.

Taufan Nicole membawa angin berkelajuan 120 kilometer per jam (km/h) ketika ia mendarat di Pulau Grand Bahama, dijangka bergerak ke darat di pesisir timur Florida lewat semalam atau awal hari ini, lapor Pusat Taufan Kebangsaan yang berpangkalan di Miami.

Pihak berkuasa di beberapa daerah di sepanjang pantai timur Florida telah mengeluarkan arahan pemindahan wajib atau menasihatkan penduduk di kawasan rendah di sepanjang pantai dan pulau untuk mencari tempat perlindungan selamat.

Pada 28 September lalu, Taufan Ian membadai Pantai Teluk Florida sehingga mengakibatkan kemusnahan teruk dengan kerosakan dianggarkan AS$60 bilion selain meragut lebih 140 nyawa. – REUTERS

Loading...
Terkini