Tumpuan :
Dunia

Taufan Nesat Landa Filipina, Ribuan Penduduk Terpaksa Bepindah 

Foto: REUTERS

CAGAYAN, Filipina: Ribuan penduduk terpaksa berpindah susulan Taufan Nesat yang melanda utara perairan Filipina.

Nesat membawa tiupan angin kencang 120 kilometer sejam serta hujan lebat yang mencetuskan banjir.

Wilayah Cagayan paling teruk terjejas menyaksikan bangunan serta kediaman penduduk rosak.

Menurut Majlis Pentadbiran Risiko Bencana Kebangsaan, ratusan penduduk kini berada di pusat perlindungan sementara.

Bantuan kepada penduduk yang terjejas juga sedang diusahakan oleh pihak kerajaan pimpinan Presiden Ferdinand R. Marcos, Jr.

Setakat jam 10 pagi tadi, Nesat dikesan berada di barat laut negara dengan kekuatan angin 140 kilometer sejam.

Ia diramalkan semakin lemah dan tiba di Vietnam Jumaat nanti .

Loading...
Terkini