MYANMAR : Sekurang-kurangnya tiga maut manakala 700 lagi cedera apabila Taufan Mocha membadai Myanmar.
Angin kecang turut mengakibatkan sistem terlekomunikasi terputus selain kemusnahan besar
Kira-kira 1,000 penduduk diselamatkan selepas terperangkap susulan ombak setinggi 3.6 meter di kawasan pesisir pantai
Manakala kawasan rendah pula dinaiki air sehingga 1.5 meter
Jumlah sebenar kematian dan kemusnahan bagaimanapun masih diteliti pihak junta tentera Myanmar.
Media Republic World yang memetik pasukan sukarelawan tempatan mendedahkan, penduduk datang berteduh di pusat perlindungan sementara di Sittwe namun berdepan masalah kekurangan bekalan makanan
Terdahulu kira-kira 400,000 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan sementara di Myanmar dan Bangladesh
Menurut Jabatan Meteorologi Tempatan, Mocha mula melanda petang semalam dengan kekuatan angin 209 kilometer sejam
Namun ia melemah pagi tadi dan kini dikesan berada di timur laut negara dengan kekuatan angin 120 kilometer sejam. – REPUBLICWORLD / REUTERS