FLORIDA: Sekurang-kurangnya dua terbunuh manakala lebih dua juta penduduk terputus bekalan elektrik selepas Taufan Milton dengan kekuatan angin hampir 200 kilometer sejam melanda Florida, Amerika Syarikat.
Milton pada kategori tiga bagaimanapun melemah kepada kategori satu selepas mula melanda daratan.
Ia adalah taufan ketiga melanda Florida pada tahun ini.
Terdahulu amaran banjir kilat dikeluarkan kepada penduduk dengan perhidmatan kecemasan terpaksa dihentikan serta hampir 2,000 jadual penerbangan dibatalkan.
Lapor media antarabangsa, Milton turut diiringi puting beliung di beberapa kawasan selain taburan hujan lebat.
Daerah St. Petersburg menerima rekod baharu taburan hujan melebihi 46 sentimeter .
Kematian dicatatkan di St. Lucie apabila kencang memusnahkan sebuah rumah kebajikan warga emas.
Milton kini bergerak menuju ke arah timur laut dan dijangka tiba di kawasan perairan pada jam lapan malam waktu tempatan – CNN
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.