comscore
Tumpuan :
Dunia

Taufan Milton ragut 13 nyawa di Florida

FOTO: Reuters

AMERIKA SYARIKAT: Sekurang-kurangnya 13 terbunuh akibat Taufan Milton yang melanda Florida dengan korban tertinggi dicatatkan di St. Lucie.

Angin kencang serta taburan hujan lebat membawa kemusnahan besar kepada penempatan penduduk.

Milton taufan ketiga melanda Florida pada tahun ini turut mengakibatkan lebih tiga juta penduduk terputus bekalan elektrik.

Sekurang-kurangnya tujuh kapal tangki minyak dikerah ke selatan Florida bagi tempoh 48 jam akan datang susulan kekurangan bekalan.

Ratusan penduduk diselamatkan dalam operasi pasukan kecemasan dengan angka korban dijangka akan terus meningkat.

Usaha membersihkan kawasan kini giat dilakukan penduduk.

Ribuan penerbangan juga dibatalkan dalam tempoh tiga hari lalu.

Presiden Joe Biden dalam pada itu dipetik berkata, masih terlalu awal bagi mengetahui jumlah kemusnahan sepenuhnya di Florida.

Milton yang kini berada di perairan timur Florida sudah melemah dengan kekuatan angin 110 kilometer sejam. – CNN

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini