TAIWAN: Sebanyak 211 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan dibatalkan berikutan Taufan Krathon dijangka melanda selatan Taiwan, tengah hari ini, lapor Agensi Berita Central News Agency (CNA) yang memetik pihak berkuasa lapangan terbang.
Sebanyak 85 penerbangan masuk, 88 penerbangan keluar dan 38 penerbangan kargo dibatalkan setakat jam 8 pagi waktu tempatan, menurut Taoyuan International Airport Corporation.
Pihak berkuasa juga mengingatkan penumpang untuk menyemak status penerbangan mereka dengan syarikat penerbangan sebelum menuju ke lapangan terbang.
Setakat jam 10 pagi tadi, Taufan Krathon berada kira-kira 30 kilometer di barat daya Kaohsiung dan bergerak ke arah utara-timur laut pada kelajuan 8 kilometer sejam (km/j), menurut data Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA).
Taufan itu membawa angin kencang dengan kelajuan maksimum 126km/j, menurut data CWA. –BERNAMA.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa