Tumpuan :
Dunia

Taufan Krathon: Sekolah, pejabat di Taiwan ditutup untuk hari kedua

Taufan Krathon dijangka melemah dengan cepat selepas ‘mendarat’, justeru penduduk Kaohsiung digesa untuk segera mencari tempat berlindung.

TAIPEI: Sekolah dan pejabat di Taiwan ditutup untuk hari kedua pada Khamis ketika Taufan Krathon membadai pulau itu sebelum dijangka mendarat, menyebabkan dua maut dan lebih 100 cedera.

Taufan Krathon membawa dengan angin 126 kilometer (km) sejam dan berada 40 km ke barat daya selatan bandar Kaohsiung pada 8 pagi, menurut Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA).

Sementara Ketua CWA, Cheng Chia-ping pada semalam berkata, taufan itu dijangka melemah dengan cepat selepas ‘mendarat’, penduduk Kaohsiung digesa untuk berlindung.

“Akan ada angin pemusnah yang disebabkan oleh taufan di kawasan ini. Berlindunglah secepat mungkin,” kata CWA dalam amaran yang dihantar kepada telefon bimbit penduduk pada Khamis.

Dalam pada itu, Reuters melaporkan taufan itu dijangka melanda bandar pelabuhan utama di barat daya Kaohsiung kira-kira tengah hari ini.

Ia taufan kategori dua yang jauh lebih lemah walaupun kerajaan memberi amaran mengenai hujan lebat dan ribut ribut di sepanjang pantai.

Agensi berita itu yang memetik jabatan bomba melaporkan dua kematian ketika taufan yang semakin hampir membawa hujan lebat di seluruh pulau itu.

Mangsa pertama terjatuh ketika memotong pokok dan seorang lagi maut selepas kenderaannya dilanggar batu.

Taufan itu diramalkan akan bergerak perlahan-lahan ke dataran barat Taiwan dan semakin lemah menjadi lekukan tropika menjelang lewat Jumaat.

Semua penerbangan domestik dibatalkan termasuk ratusan penerbangan antarabangsa dan pasaran kewangan Taiwan juga ditutup pada hari ini.

Taufan sering melanda pantai timur Taiwan yang menghadap ke Lautan Pasifik, tetapi Krathon bergerak dengan luar biasa kerana ia akan terus membadai pantai barat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini