Tumpuan :
Dunia

Taufan Koinu: Hampir 200 orang cedera di Taiwan

Foto: Reuters

Hampir 200 orang cedera susulan Taufan Koinu yang melanda selatan Taiwan kira-kira jam 8.20 pagi tadi.

Menurut laman web The Guardian, Koinu taufan pada tahap empat mula melanda semenanjung Hengchun dengan kekuatan angin mencecah sehingga 342 kilometer sejam.

Ia adalah rekod angin paling kencang pernah dicatatkan di Taiwan sejak Penubuhan Pusat Pentadbiran Cuaca, CWA pada tahun 1986.

Kawasan perairan di selatan negara mencatatkan bacaan ombak sehingga tujuh meter.

Lebih 170,000 kediaman atau premis perniagaan terputus bekalan elektrik.

Sekolah dan pejabat ditutup sejak semalam bagi mengelakan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Ratusan jadual penerbangan dan perkhidmatan feri terpaksa dibatalkan.

Kebanyakan mangsa yang cedera pula direkodkan di barat bandar pesisir pantai.

Setakat jam 2.30 petang tadi, Koinu dikesan berada kira-kira 35 kilometer di barat Henchung dengan kekuatan angin 205 kilometer sejam – The Guardian / The New York Times / Reuters

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini