Tumpuan :
Dunia

Taufan Judy landa Vanuatu dengan kekuatan angin hampir 200km sejam

PORT VILA : Taufan Judy yang melanda Vanuatu bertambah kekuatan kepada kategori 4 dengan angin mencecah hampir 200 kilometer sejam.

Menurut Jabatan Meteorologi Tempatan, Judy dijangka kekal pada tahap empat bagi tempoh 12 jam, sebelum menambah kekuatan kepada tahap 5 esok.

Judy yang mula melanda sejak awal pagi tadi turut membawa hujan lebat serta mengakibatkan ombak tinggi.

Amaran tahap merah masih dikekalkan di utara negara termasuk Port Vila.

Menurut Jabatan Meteorologi lagi, satu lagi taufan dijangka melanda Vanuatu Jumaat atau Sabtu ini.

Setakat ini tiada laporan kecederaan atau kematian diterima.

Loading...
Terkini