comscore
Tumpuan :
Dunia

Taufan Gaemi: Lebih 300,000 penduduk dipindahkan di China

Foto: Reuters

CHINA: Taufan Gaemi melanda China selepas membadai Taiwan dan Flipina.

Susulan itu, amaran waspada tahap tertinggi dikeluarkan kepada penduduk.

Lebih 300,000 penduduk yang tinggal di wilayah tenggara China telah dipindahkan ke lokasi lebih selamat.

Perkhidmatan kereta api juga telah dihentikan buat sementara waktu.

Pihak berkuasa di Wilayah utara China pula mengeluarkan amaran hujan lebat yang boleh mencetuskan banjir dan tanah runtuh.

Dalam pada itu, Presiden Xi Jinping menghadiri mesyuarat bersama parti kerajaan bagi membincangkan langkah yang perlu dilakukan selain usaha membantu penduduk.

Setakat petang tadi Gaemi dikesan bergerak menuju barat laut China dengan kekuatan angin sehingga 75 kilometer sejam.

Sementara itu, Taiwan pula merekodkan tiga kematian akibat Gaemi yang membadai negara itu dua hari lalu.

Operasi pencarian enam kelasi warga Myanmar yang hilang selepas kapal kargo dari Tanzania tenggelam sedang giat dijalankan pasukan penyelamat – BBC

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini