Tumpuan :
Dunia

Taufan Debby ragut 4 nyawa, lebih 150,000 bergelap

FLORIDA: Sekurang-kurangnya empat maut manakala lebih 150,000 penghuni terputus bekalan elektrik ketika Taufan Debby terus melanda Pantai Timur Amerika Syarikat (AS), memetik penyiar NBC.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dan seorang wanita maut dalam kemalangan kereta di Dixie County, Florida, pada Isnin.

Sebelum itu, seorang pemandu trak hilang kawalan di jalan basah di New Albany, Mississippi dan terjunam ke dalam terusan, terbunuh akibat kesan perlanggaran.

Sejam kemudian, seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun dilaporkan terbunuh akibat ditimpa pokok tumbang di atas rumah bergeraknya.

Di seluruh negeri Florida dan Georgia, kira-kira 153,000 orang terputus bekalan elektrik rentetan taufan itu.

Gabenor Florida Ron DeSantis mengisytiharkan darurat untuk 61 daerah di negeri itu pada Isnin.

Awal Selasa, Presiden AS Joe Biden meluluskan permintaan Gabenor Carolina Selatan Henry McMaster untuk mengisytiharkan darurat di seluruh negeri.

Pada pagi Isnin, Pusat Taufan Kebangsaan AS berkata Ribut Tropika Debby telah menguat ke tahap taufan. Sehingga 0600 GMT, angin maksimum taufan yang berterusan mencapai 45 batu sejam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini