Tumpuan :
Dunia

Tarikan pelancong di Greece ditutup pada waktu tertentu

Foto Reuters

GREECE: Beberapa lokasi tarikan pelancong di Greece bertindak memendekkan waktu operasinya untuk menangani fenomena gelombang haba yang melanda ketika ini.

Ekoran cuaca panas melampau, Kementerian Kebudayaan Greece mengumumkan tapak arkeologi ditutup pada waktu paling panas pada hari berkenaan.

Langkah tentatif yang dijadualkan berlangsung sehingga Ahad ini turut dikuatkuasakan di lokasi paling popular, Acropolis di Athens.

Acropolis yang beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam setiap hari, ditutup dari jam 12 tengahari hingga 5 petang sebagai langkah keselamatan buat pengunjung dan kakitangan.

Jumaat lalu, pengunjung dilaporkan bergelumang dalam cuaca panas pada suhu 40 darjah selsius.

Greece dalam pada itu sedang melakukan persiapan untuk berhadapan suhu lebih panas hujung minggu ini yang diramal boleh mencecah sehingga 45 darjah selsius.

Loading...
Terkini