
AMERIKA SYARIKAT: Presiden Donald Trump berkata pada Isnin lalu bahawa tarif sebanyak 25 peratus ke atas Kanada dan Mexico akan berkuat kuasa mulai Selasa, dengan tarif balas mula dikenakan pada 2 April.
Trump juga menegaskan bahawa tiada peluang bagi Mexico atau Kanada untuk mengelakkan tarif tersebut yang dijanjikannya bermula Selasa.
“Tiada ruang lagi untuk Mexico atau Kanada,” kata Trump pada Isnin ketika ditanya sama ada kedua-dua negara itu boleh mengelakkan tarif dengan mencapai perjanjian untuk membendung aliran fentanyl ke Amerika Syarikat. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.