comscore
Tumpuan :
Dunia

Tanah runtuh, banjir kilat ragut 13 nyawa di Sumatera Utara

FOTO: Reuters

SUMATERA: Tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda dua daerah di wilayah Sumatera Utara, pada malam Sabtu meragut 13 nyawa manakala 18 lain cedera.

Menurut Sri Wahyuni Pancasilawati, ketua unit kecemasan, peralatan dan logistik agensi itu, tanah runtuh dan banjir kilat melanda daerah Deli Serdang dan Karo pada malam Sabtu.

Di Deli Serdang, enam maut manakala sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.

Di daerah Karo, bencana sama menyebabkan tujuh maut dan sembilan cedera.

Mereka yang cedera dikejarkan ke hospital dan klinik kesihatan berhampiran untuk rawatan.

Pada awal pagi Sabtu, tanah runtuh dan banjir kilat turut melanda daerah Padang Lawas dan Tapanuli Selatan di provinsi itu, menyebabkan enam maut dan tujuh cedera.

Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia mengeluarkan amaran cuaca ekstrem, selain meramalkan intensiti hujan melebihi normal di kawasan itu.

Usaha terus dipergiat bagi membantu komuniti yang terjejas dan mengurangkan risiko lanjut.

Sementara itu pihak berkuasa terus memantau keadaan semasa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini