Tumpuan :
Dunia

Taiwan pinda undang-undang, sukarkan pengisytiharan darurat

Presiden Taiwan, Lai Ching-te.

TAIPEI: Ahli Parlimen Taiwan dijangka menyemak satu cadangan pindaan undang-undang yang akan menyukarkan presiden untuk mengisytiharkan darurat atau pelaksanaan undang-undang tentera.

Usul itu mendapat sokongan padu ahli Parlimen dari Parti Kuomintang (KMT), selepas pengisytiharan undang-undang tentera yang mengejutkan di Korea Selatan awal bulan ini.

Speaker Dewan Undangan, Han Kuo-yu, semalam mengumumkan bahawa ahli-ahli Parlimen akan membincangkan pindaan terbabit.

Ia menetapkan keperluan Presiden Taiwan mendapatkan kelulusan Dewan Perundangan untuk pengisytiharan undang-undang tentera dalam tempoh 24 jam selepas ia dibuat.

Undang-undang sedia ada memberi masa sebulan kepada presiden untuk berbuat demikian, dan ia tidak dipinda sejak 75 tahun lalu.

Cadangan ini, yang dikemukakan oleh KMT, akan disemak oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Luar dan Pertahanan Dewan Legislatif.

Walaupun Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik (DPP) memenangi jawatan presiden Taiwan dalam pilihan raya Januari lalu, partinya kehilangan majoriti di legislatif.

Keadaan ini membolehkan KMT dan Parti Rakyat Taiwan bekerjasama untuk meneruskan cadangan perubahan bertujuan menghadkan kuasa presiden iaitu langkah yang telah meningkatkan ketegangan politik dan bahkan menyebabkan demonstrasi besar-besaran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini