TAIPEI: Taiwan dilanda gempa bumi 5.0 magnitud di tenggara perairannya.
Menurut laman Web Pusat Geologi Amerika Syarikat USGS, gempa direkodkan kira-kira jam 8.18 pagi.
Gegaran dikesan kira-kira 7.3 kilometer dari Donggang pada kedalaman 2.7 kilometer.
Ia disusuli dengan beberapa lagi gempa berukuran antara 4.2 hingga 4.7 magnitud. – USGS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.