comscore
Tumpuan :
Dunia

Taiwan catat 20 kematian babitkan kes melioidosis tempatan

Bakteria Burkholderia Pseudomallei.- Foto: Australian Medical Student Journal

TAIPEI: Sebanyak 20 daripada 101 kes melioidosis tempatan di Taiwan mengakibatkan kematian tahun ini, menjadikan angka kematian tertinggi yang pernah dicatatkan bagi tempoh yang sama, menurut Jabatan Kawalan Penyakit Taiwan, lapor Xinhua.

Antara kes tempatan yang disahkan, 59 melibatkan individu berusia 65 tahun ke atas, manakala 31 kes melibatkan mereka berumur antara 50 hingga 64 tahun.

Sebanyak 77 kes dilaporkan di Kaohsiung di selatan Taiwan, diikuti oleh 10 kes di Tainan, juga di selatan, menurut jabatan itu awal minggu ini.

Sebanyak 69 kes muncul dalam tempoh satu bulan selepas Taufan Gaemi pada Julai, manakala enam kes dilaporkan selepas Taufan Krathon pada September, menurut jabatan itu.

Melioidosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria “Burkholderia pseudomallei”.

Bakteria itu terdapat dalam tanah, kolam, dan air bertakung, dan disebarkan terutamanya melalui luka yang bersentuhan dengan tanah atau air yang tercemar. – BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini