SYDNEY: Sembilan pantai di Sydney, termasuk Manly, ditutup hari ini selepas bebola berwarna putih dan kelabu terdampar di pesisir pantai.
Majlis Pantai Utara mengesahkan bahawa bahan tersebut sedang dialihkan, dengan serpihannya sebesar saiz guli.
Orang ramai dinasihatkan mengelak daripada mengunjungi pantai Manly, Dee Why, dan beberapa lagi kawasan hingga diberitahu kelak.
Pihak berkuasa sedang bekerjasama dengan agensi alam sekitar untuk menguji sampel serpihan.
Pada Oktober lalu, beberapa pantai termasuk Bondi turut ditutup selepas ribuan bebola hitam ditemui.
Siasatan mendapati bebola itu terbuat daripada asid lemak, bahan kimia yang terdapat dalam produk kosmetik dan pembersih.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.