Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Syarikat hartanah Israel iklan penempatan baharu di tanah Gaza

FOTO: X

GAZA: Sedang hangat berlegar di media sosial ketika ini, iklan hartanah mempromosikan pelan penempatan baharu di atas kemusnahan Gaza.

Syarikat hartanah Israel yang sememangnya terkenal dengan reputasi mereka mendirikan pembangunan di kawasan penempatan haram di Tebing Barat, Harey Zahav memuat naik sekeping poster iklan ke akaun Instagram mereka.

Ia memaparkan lakaran bangunan dengan latar belakang bangunan Palestin yang sudah musnah.

Iklan dalam bahasa Hebrew itu turut mengumumkan kediaman tepi pantai itu kini dijual pada harga pra pelancaran.

Pembangunan komuniti baharu itu dipercayai dapat dilaksanakan setelah pembersihan etnik ke atas Gaza selesai.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini