Tumpuan :
Dunia

Suspek kes tikam bintang Bollywood ditahan polis Mumbai

Foto: Reuters

INDIA: Suspek kes tikam bintang Bollywood Saif Ali Khan ditahan polis ibu kota kewangan India, Mumbai.

Serangan pada hari Khamis terhadap Khan, salah seorang bintang paling terkenal di India, mengejutkan industri filem negara itu dan penduduk Mumbai dengan ramai yang menyeru agar penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan diperbaiki.

Khan dilaporkan selamat dan telah keluar dari hospital, kata doktor.

“Bukti utama menunjukkan bahawa suspek adalah warganegara Bangladesh dan selepas memasuki India secara haram dan telah menukar namanya,” kata Dixit Gedam, timbalan pesuruhjaya polis, dalam satu sidang media.

Suspek yang ditahan di pinggir Mumbai itu menggunakan nama Vijay Das dan bekerja dengan sebuah agensi penjagaan rumah selepas tiba di bandar itu lima atau enam bulan lalu, kata Gedam.

Polis akan memohon untuk mendapatkan perintah tahanan suspek bagi tujuan siasatan lanjut, tambahnya.

Khan, 54, ditikam enam kali oleh seorang lelaki dalam cubaan pecah rumah di kediamannya. Dia menjalani pembedahan selepas mengalami luka tikaman di tulang belakang, leher dan tangan, menurut doktor.

Polis Mumbai telah menahan seorang suspek utama dalam serangan tersebut pada hari Jumaat, sementara polis di negeri Chhattisgarh, India Tengah, menahan seorang lagi individu pada hari Sabtu. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini