comscore
Tumpuan :
Dunia

Suspek kes cubaan bunuh Trump berdepan 2 pertuduhan

Tertuduh, Ryan Routh, 58 tahun berdepan pendakwaan di Mahkamah Florida. – FOTO: Reuters

FLORIDA: Suspek utama kes cubaan bunuh bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump didakwa di Mahkamah Florida dengan dua pertuduhan berkaitan senjata.

Ryan Routh, 58 tahun yang ditahan pihak berkuasa di Martin County, didakwa memiliki dan menggunakan senjata api atas kapasiti penjenayah serta memiliki senjata api dengan nombor siri yang diubah.

Beberapa lagi pertuduhan dijangka dikenakan ke atas tertuduh dalam tempoh terdekat.

Dalam pada itu, Unit Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan menafikan suspek melepaskan beberapa das tembakan.

Tindakan pantas anggota mengesan kedudukan tertuduh berserta senjata terlebih dahulu menghalang sebarang tembakan dilepaskan oleh Routh.

Siasatan lanjut turut mendapati suspek bersembunyi kira-kira 12 jam di lokasi kejadian.

Setakat ini, motif sebenar kejadian belum dikenal pasti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini