comscore
Tumpuan :
Dunia

Suspek insiden letupan yang mensasar PM Jepun dihantar ke pejabat pendakwaan – Laporan

FOTO: Kyodo

MOSCOW: Seorang lelaki berusia 24 tahun, Kimura Ryuji, yang ditahan selepas serangan terhadap Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan masih enggan memberi keterangan, dihantar ke pejabat pendakwa di Wilayah Wakayama, lapor Sputnik.

Pada Sabtu, ketika Kishida tiba untuk berucap di Wakayama, seorang lelaki muda melemparkan objek berbentuk silinder ke arahnya, diikuti bunyi letupan dan bau asap. Bagaimanapun, Kishida terselamat dalam insiden itu.

Penyerang turut memegang satu lagi objek silinder di tangannya.

Polis berkata bahan letupan yang digunakan suspek mungkin bom paip yang diperbuat daripada logam berdasarkan bahan dan alatan yang ditemukan di rumahnya, lapor penyiar Jepun NHK.

Setakat ini masih tidak jelas sama ada bom itu boleh membunuh.

Kimura disyaki “cuba mengganggu proses kerja,” dan masih berdiam diri, kata laporan itu.

Insiden itu berlaku tidak sampai setahun selepas bekas Perdana Menteri Shinzo Abe maut ditembak ketika berucap semasa berkempen di Wilayah Nara pada 8 Julai 2022. – BERNAMA

Loading...
Terkini