comscore
Tumpuan :
Dunia

‘Super Yagi’ terus tagih nyawa, 63 maut, lebih 750 cedera

FOTO: Reuters

HANOI: Jumlah korban Taufan Yagi terus mencatat peningkatan.

Angka terkini, sekurang-kurangnya 63 mangsa dikenalpasti maut, manakala 40 lagi masih hilang ekoran taufan melanda utara Vietnam itu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, 752 orang dilaporkan cedera akibat banjir dan tanah runtuh.

Bencana berkenaan juga menyebabkan beberapa kejiranan turut ditenggelami air.

Ada penduduk yang terpaksa menyelamatkan diri naik ke atas bumbung rumah sementara menunggu bantuan pasukan penyelamat untuk dipindahkan.

FOTO: Reuters

Keadaan sama juga berlaku di Hanoi, apabila penempatan penduduk di sepanjang Red River ditenggelami air, memaksa mereka berpindah.

Jabatan meteorologi memaklumkan, Yagi adalah taufan paling kuat melanda utara Vietnam dalam tempoh 30 tahun.

Bencana yang membawa angin dengan kelajuan lebih 149 kilometer sejam (km/j) itu memusnahkan pelbagai infrastruktur termasuk jambatan, premis perniagaan selain menerbangkan bumbung bangunan dan merosakkan kilang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini