INDONESIA : Sulawesi tengah dilanda gempa bumi 5.5 skala richter kira-kira jam 8.26 pagi tadi.
Gegaran dikesan kira-kira 42 kilometer dari tenggara Sigi pada kedalaman 10 kilometer.
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia BMKG, gempa itu tidak berisiko menghasilkan tsunami.
Media Liputan6 yang memetik Ketua Bidang Gempa Bumi dan Tsunami BMKG melaporkan, terdapat empat gempa susulan dengan kekuatan sehingga 4.5 skala richter.
Sehingga kini tiada sebarang laporan kerosakan atau kecederaan diterima.
Namun penduduk diminta untuk sentiasa tenang dan meneliti kesahihan berita yang diterima.