COLOMBO: Sri Lanka melanjutkan perintah berkurung yang dikenakan di negara itu sehingga tengah hari Ahad, lapor Xinhua memetik kenyataan Menteri Keselamatan Awam, Tiran Alles.
Perintah berkurung mula dikuatkuasakan di Sri Lanka dari 10 malam Sabtu sehingga 6 pagi Ahad, menurut kenyataan polis.
Polis menyatakan bahawa walaupun keadaan di negara itu aman, keputusan untuk mengenakan perintah berkurung diambil bagi memastikan keselamatan rakyat lebih terjamin.
Proses pengundian pilihan raya presiden di Sri Lanka bermula pada 7 pagi waktu tempatan Sabtu dan berakhir pada 4 petang hari yang sama.
Proses pengiraan undi masih berjalan setakat pagi Ahad. – BERNAMA-XINHUA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.