comscore
Tumpuan :
Dunia

Sri Lanka adakan Pilihan Raya Presiden pada 21 September

FOTO: Reuters

COLOMBO: Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor Xinhua.

Suruhanjaya Pilihan Raya juga mengumumkan 15 Ogos sebagai tarikh pencalonan untuk pemilihan presiden, menurut pemberitahuan warta yang dikeluarkan berhubung perkara itu.

Tempoh jawatan presiden tamat pada 17 Nov 2024 dan pengundian untuk pemilihan presiden mesti diadakan tidak kurang dari satu bulan dan tidak lebih dari dua bulan sebelum tamat tempoh jawatan presiden semasa, seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya.

Gotabaya Rajapaksa, yang memenangi pilihan raya presiden pada November 2019, meletak jawatan pada Julai 2022 di tengah-tengah krisis ekonomi yang teruk di negara Asia Selatan itu.

Ranil Wickremesinghe telah dipilih sebagai presiden dalam satu pemilihan yang diadakan di Parlimen berikutan peletakan jawatan Rajapaksa. – BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini