comscore
Tumpuan :
Dunia

SpaceX: Misi bawa pulang angkasawan terkandas

FLORIDA: SpaceX melancarkan kapal angkasa Crew 9 dalam misi membawa pulang dua angkasawan yang terkandas di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Pelancaran berjaya dilakukan dari Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral di Florida dengan angkasawan NASA, Nick Hague selaku komander misi dan kolonel dalam Angkatan Angkasa Amerika Syarikat bersama angkasawan Rusia, Aleksandr Gorbunov.

Pelancaran Falcon 9 dari Pad 40 itu adalah yang pertama bagi penerbangan manusia ke angkasa dan kapsul berkenaan dijangka tiba di ISS kira-kira 5.30 petang waktu tempatan hari ini untuk berada di stesen angkasa terbabit selama enam bulan.

NASA sebelum ini mengumumkan pengurangan daripada empat kepada dua kru bagi memberi laluan misi membawa pulang angkasawan yang terkandas. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini