JAKARTA: Empat suspek pengedar dadah ditahan ketika cuba menyeludup dadah ketika musim durian di Gorontalo, Sulawesi.
Suspek dipercayai menyeludup dadah dalam kotak berisi empat durian.
Ketua Polis Daerah Gorontalo, Ade Permana berkata, cara penyeludupan dadah melalui kotak buah durian itu terbongkar pada awalnya hasil penahanan seorang daripada suspek.
Tangkapan dilaksanakan di Jalan Tondano, Desa Tapa, Daerah Sipatan, Kota Gorontalo.
Susulan penahanan itu, polis menemui satu kotak yang mengandungi empat biji durian dan plastik mengandungi kristal methamphetamine seberat 304 miligram atau 0.304 gram.
Penahanan suspek juga membawa kepada penahanan tiga suspek lain.
Menurut suspek pertama, dia mendapat bekalan dadah itu dari Sulawesi Tengah. – AGENSI