MELBOURNE: Protes besar-besaran sebagai tanda solidariti Palestin di luar Pameran Industri Pertahanan di Melbourne, Australia.
Penunjuk perasaan berhimpun pada jam 6 pagi waktu tempatan sambil mengibarkan bendera Palestin dengan laungan ‘Bebaskan Palestin’.
Ketegangan bagaimanapun tercetus antara polis dan penunjuk perasaan yang menyaksikan beberapa individu ditahan.
Protes yang berlarutan menyebabkan beberapa laluan disekat, selain operasi pengangkutan awam terjejas.
Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan tatkala ratusan syarikat dan organisasi mengambil bahagian dalam pameran industri pertahanan itu. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.