MANAGUA: Nicaragua umum untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel sebagai tindak balas terhadap tindakan ganas dan melampau rejim itu.
Kerajaan Nicaragua menyifatkan Israel sebagai puak yang melakukan “genosid kejam” yang mengakibatkan penderitaan rakyat Palestin.
Langkah itu diambil susulan permintaan oleh parlimen negara Amerika Tengah itu.
Justeru, Dewan Negaranya meluluskan perisytiharan kecaman ketika sesi khas diadakan pada tahun pertama konflik Gaza.
Menurut satu kenyataan dikeluarkan kerajaan Nicaragua, Parlimen mengecam “genosid berterusan, kekejaman, kebencian melampau dan pemusnahan yang dilakukan oleh kerajaan Israel.
Keputusan itu adalah “solidariti kekal” dengan rakyat dan kerajaan Palestin serta mematuhi undang-undang antarabangsa dan konvensyen yang mengawal hubungan antara negara dan kerajaan.
Kerajaan yang diketuai oleh Presiden Daniel Ortega turut mengulangi “gesaan untuk mematuhi semua Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu” untuk sebuah negara Palestin yang “bebas, berdaulat, merdeka dan menentukan nasib sendiri.”
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.