Tumpuan :
Dunia

Snoop Dog dibayar RM2.2 juta sehari di Sukan Olimpik Paris

Foto: Reuters

NEW YORK: Penyanyi rap Amerika Syarikat (AS), Snoop Dog dilaporkan menerima bayaran lumayan sebanyak RM2.2 juta sehari selepas dilantik oleh NBC sebagai koresponden khas untuk Sukan Olimpik Paris 2024.

Berdasarkan anggaran pendapatan sehari yang diterima, Snoop Dogg dikatakan menerima RM36 juta sepanjang tempoh 16 hari Sukan Olimpik berlangsung.

Malah, pihak NBC turut menyediakan keperluan kecemasan jika jumlah yang berikan tidak mencukupi.

Untuk rekod, NBC memegang hak penyiaran eksklusif untuk Sukan Olimpik di AS sejak 1988 dan memperluaskan hak itu ke perkhidmatan penstriman syarikat terbabit dikenali, Peacock, buat pertama kali untuk Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Laporan mengenai pendapatan Snoop Dogg di Sukan Olimpik ini pertama kali muncul dalam satu hantaran oleh pengguna X iaitu @henrylmcnamara.Dalam ciapan yang dimuat naik, pengguna itu melaporkan bahawa dia duduk bersebelahan dengan seorang eksekutif NBC yang tidak dikenali dan mendedahkan gaji Snoop Dogg untuk Sukan Olimpik sekitar RM2.2 juta sehari.

Kehadiran Snoop Dogg di Sukan Olimpik Paris mendapat sambutan hangat daripada penonton selain mencatatkan peningkatan jumlah penonton di kaca TV.

Snoop Dogg yang sudah menerima 16 kali pencalonan di Grammy Awrds dilihat berada di beberapa acara sukan yang berbeza, termasuk aksi final renang yang mana beliau duduk bersama isteri kepada perenang AS Caeleb Dressel iaitu Meghan Haila, dan anak lelakinya, August.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini