Tumpuan :
Dunia

Skrin LED gergasi runtuh, Timbalan Menteri Thailand, 2 Ahli Parlimen cedera


BANGKOK: Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand, Sabida Thaiseth dan pemimpin lain cedera apabila skrin LED gergasi runtuh akibat angin kuat, ketika berlangsungnya acara keagamaan di wilayah Yasothon.

Insiden itu turut menyebabkan kecederaan ke atas dua ahli Parlimen.

Menurut laporan, kejadian berlaku Sabtu lalu, jam 2.48 petang, di padang sukan kerajaan dekat daerah Leng Nok Tha.

Tetamu kenamaan sedang duduk di barisan hadapan dan menonton tarian tradisional yang dipersembahkan lebih 3,000 penari.

Ketika itu berlaku angin kuat di kawasan acara berlangsung sehingga menyebabkan skin LED runtuh.

Sabida yang turut tercedera tetap menyaksikan acaraitu sehingga selesai,malah sempat mengambil foto bersama khalayak.

Beliau kemudian dihantar ke Hospital Somdet Phra Yupparat Leng Nok Tha untuk rawatan lanjut.

Pemeriksaan perubatan mendapati beliau tidak mengalami kecederaan serius.

Seorang daripada anggota Parlimen yang tercedera,Thanaphat Srichana, yang mewakili parti Bhumjaithai, turut dibawa ke hospital sama, di mana pemeriksaan perubatan mengesahkan tulang belakang serviksnya terkehel.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sunpasitthiprasong di wilayah Ubon Ratchathani untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, seorang lagi Ahli Parlimen Bhumjaithai, Sutthichai Jaroonnetr hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat di hospital swasta di kawasan itu.

Siasatan awal mendapati angin yang berpusar kuat menyebabkan skrin LED gergasi tumbang sehingga mencederakan tetamu kenamaan yang duduk di barisan hadapan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

 
Loading...
Terkini