NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran situasi kemanusiaan di Gaza berdepan kelumpuhan seluruhannya dengan kesan yang tidak dapat digambarkan.
Ia susulan jumlah bantuan yang memasuki Gaza tidak mencukupi dengan keperluan lebih 2 juta penduduk.
Menurut jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric, sebelum perang, sejumlah 500 trak bantuan memasuki Gaza setiap hari.
Namun ia kini terhad kepada 12 trak sehari akibat pelbagai sekatan oleh Israel.
Ujarnya, ketika serangan meningkat, wujud keperluan lebih kritikal.
Menurut Dujarric, keperluan kritikal adalah bahan api untuk operasi PBB.
Jika tiada bekalan diterima, agensi itu tidak dapat meneruskan kerja-kerja bantuan.