Tumpuan :
Dunia

Sistem penjagaan kesihatan di Palestin hampir lumpuh – PBB

FOTO: Reuters

GENEVA: Tatkala kita menyambut ambang tahun baharu, adakah kita sedar ada saudara kita yang mengira detik ambang kelumpuhan sistem penjagaan kesihatan negara mereka?

Hospital di Gaza hampir tidak boleh berfungsi.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diterbitkan semalam menyatakan, serangan Israel ke atas hospital di Gaza menyebabkan sistem penjagaan kesihatan di wilayah itu hampir lumpuh.

Pejabat Hak Asasi Manusia PBB berkata, serangan ini menimbulkan kebimbangan serius mengenai pematuhan israel terhadap undang-undang antarabangsa dan berpotensi melibatkan jenayah perang.

Laporan setebal 23 halaman itu melaporkan 136 serangan ke atas 27 hospital dan 12 kemudahan perubatan lain antara 7 Oktober 2023 hingga 30 Jun 2024.

Serangan ini menyebabkan banyak kematian dalam kalangan petugas perubatan dan orang awam serta kerosakan teruk pada infrastruktur.

Laporan itu juga menyatakan dakwaan Israel, hospital digunakan untuk tujuan ketenteraan oleh kumpulan palestin adalah kabur dan belum disokong dengan bukti yang mencukupi.

Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk menekankan, perlindungan hospital semasa peperangan adalah sangat penting.

Beliau menyatakan serangan ini menggambarkan pengabaian serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini