comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] “Sistem membenarkan bantuan masuk ke Gaza gagal” – PBB

 

NEW YORK: Bilangan konvoi bantuan yang memasuki Gaza tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan kemanusiaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Amaran itu dikeluarkan Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin (UNRWA) semalam sambil menyifatkan sistem yang disediakan untuk membenarkan bantuan masuk ke Gaza gagal.

“Segelintir konvoi yang dibenarkan melalui Rafah tidak mencukupi, berbanding dengan keperluan lebih dua juta orang yang terperangkap di Gaza,” kata Ketua UNRWA, Philippe Lazzarini kepada Majlis Keselamatan PBB, merujuk kepada sempadan antara Gaza dan Mesir.

Israel Zionis melancarkan kempen pengeboman besar-besaran ke atas Gaza dan meratakan ribuan bangunan dengan menurut Kementerian Kesihatan Palestin, ia membunuh lebih 8,000 orang, yang juga kebanyakannya orang awam.

Menurut jurucakap PBB, Stephane Dujarric, sejumlah 33 trak yang membawa air, makanan dan bekalan perubatan sudah memasuki Gaza melalui Rafah kelmarin.

Sebelum perang, kira-kira 500 trak yang membawa bantuan dan barangan lain memasuki Gaza setiap hari.

“Sistem bantuan masuk ke Gaza gagal, melainkan ada kemahuan politik untuk menjadikan aliran bekalan bermakna ini sepadan dengan keperluan kemanusiaan yang belum pernah berlaku sebelum ini,” kata Lazzarini, yang menggesa Majlis Keselamatan menuntut gencatan senjata kemanusiaan dilaksana segera.

Katanya, sejumlah 64 daripada rakan sekerja UNRWA turut terkorban dalam tempoh lebih tiga minggu sekali gus menjadikan ia jumlah pekerja bantuan PBB tertinggi terkorban dalam konflik berkenaan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini