comscore
Tumpuan :
Dunia

Siren bahaya tahap 3 diaktifkan di pusat UNIFIL

Foto fail Reuters

ANKARA: Siren menandakan bahaya tahap tiga, sekaligus sebagai petunjuk risiko teruk, diaktifkan di dalam pusat misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di bandar Maarakeh, daerah Tyre, di selatan Lubnan.

Agensi Anadolu melaporkan perkembangan itu dengan memetik Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

Menurut NNA, amaran itu dikeluarkan selepas mendapati ketegangan di kawasan itu kekal tinggi di tengah-tengah pertempuran yang berterusan dan permusuhan rentas sempadan antara tentera Israel dan kumpulan tempatan.

Kakitangan UNIFIL dan penduduk tempatan kini berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana situasi keselamatan di selatan Lubnan terus merudum.

Israel melancarkan kempen udara besar-besaran di Lubnan sejak hujung bulan lalu terhadap apa yang didakwanya sebagai sasaran Hizbullah.

Ia sekaligus mengorbankan lebih daripada 1,500 orang dan memaksa lebih 1.34 juta yang lain melarikan diri.Perang rentas sempadan antara kedua-dua pihak berlanjutan sejak perang Gaza pada Oktober tahun lalu. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini