Tumpuan :
Dunia

Singapura tingkatkan langkah keselamatan di semua pusat pemeriksaan 

Foto fail Reuters

SINGAPURA: Singapura sedang meningkatkan pemeriksaan keselamatan di semua pusat pemeriksaan darat, udara dan laut dari 9 hingga 14 September ini.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura mengumumkan bahawa ia akan melaksanakan pemeriksaan keselamatan yang dipertingkatkan ke atas pengembara dan kenderaan yang tiba di pusat pemeriksaan darat, udara dan laut berikutan situasi keselamatan yang semakin meningkat di rantau ini.

“Pengembara harus menjangkakan kelewatan di pusat pemeriksaan berikutan pemeriksaan yang dipertingkatkan dan mengambil kira masa tambahan untuk urusan imigresen,” menurut ICA dalam hantaran di laman Facebook rasminya.

Agensi itu bagaimanapun tidak memperincikan sebab di sebalik langkah keselamatan berkenaan.

Paus Francis dijadual melawat Singapura dari 11 hingga 13 September untuk pusingan terakhir lawatannya ke Asia Pasifik.  — BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini