AUSTRALIA: Australia bakal berdepan Siklon Tropika Ilsa, antara siklon yang diramalkan paling kuat melanda negara itu sejak sedekad lalu.
Ilsa pada katogeri 4 dengan kekuatan angin sehingga 275 kilometer sejam dijangka melanda barat Broome
Ia juga dijangka membawa taburan hujan lebat sehingga 400 mililiter serta ombak tinggi di kawasan pesisir pantai
Pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran berpindah kepada penduduk di beberapa kawasan termasuk Port Hedland, bandar dengan kepadatan 15,000 penduduk.
Sebagai langkah berjaga-jaga bekalan makanan dan bahan api juga disalurkan ke kawasan pedalaman.
Penduduk juga dinasihati menyimpan bekalan air minuman.