Tumpuan :
Dunia

Sidang kemuncak ASEAN – JEPUN: PM Anwar hadir majlis makan malam dihoskan PM Kishida 


TOKYO : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis makan malam sempena sidang kemuncak ASEAN – JEPUN yang berlangsung di Tokyo.

Beliau diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Majlis dihoskan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida di Akasaka Palace.

Sidang kemuncak kali ini menandakan 50 tahun hubungan ASEAN dengan Jepun.

Hanya sembilan negara anggota ASEAN, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam menyertai sidang kemuncak kali ini.

Keanggotaan Myanmar digantung sementara sejak 2021 susulan rampasan kuasa oleh junta tentera menggulingkan kerajaan demokrasi pimpinan Aung San Suu Kyi.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini