comscore
Tumpuan :
Dunia

Siapakah Presiden Indonesia ke-8, Prabowo Subianto?

PETALING JAYA: Prabowo Subianto mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia kelapan, hari ini, di Kompleks Parlimen di Jakarta.

Prabowo berasal daripada latar belakang keluarga yang berpengaruh dalam bidang ekonomi, politik, dan sosial di Indonesia.

Berikut merupakan biodata Prabowo:

• Nama Penuh: Prabowo Subianto Djojohadikusumo

• Tarikh lahir: 17 Oktober 1951

• Tempat lahir: Jakarta, Indonesia

• Berkahwin dengan Siti Hediati Hariyadi atau lebih dikenali sebagai Titiek Soeharto yang juga anak kepada bekas Presiden Indonesia yang kedua, Soeharto.

• Mempunyai seorang anak yang dikenali dalam industri fesyen Indonesia, Ragowo Hediprasetyo Djojohadikusumo.

Prabowo Subianto. – FOTO: Reuters

Pendidikan

• Menerima pendidikan awal di beberapa sekolah elit di luar negara susulan ayahnya, Sumitro Djojohadikusumo, bekerja di luar negara.

• Prabowo pernah bersekolah di Malaysia, Switzerland, dan Britain.

Bidang Ketenteraan

• Menyambung pengajian di Akademi Militer Magelang dan pernah mendapat latihan ketenteraan di Jerman serta Georgetown University, Amerika Syarikat.

• Memulakan kerjaya dalam Angkatan Darat Indonesia dengan jawatan terakhirs ebagai Jeneral.

• Turut memegang jawatan penting sebagai Komando pasukan khusus (Kopassus).

Bidang Politik

• Prabowo memasuki dunia politik dengan menubuhkan parti Gerindra (Partai Gerakan Indonesia Raya).

• Terkenal sebagai seorang nasionalis, mempunyai visi kemandirian ekonomi, pembangunan infrastruktur, serta pengukuhan sektor pertahanan dan keselamatan negara.

• Pernah mencalonkan diri sebagai presiden Indonesia dalam pilihan raya 2014 dan 2019, tetapi tewas kepada Joko Widodo (Jokowi).

• Memenangi pilihan raya presiden 2024 setelah memperoleh majoriti undi

• Pernah berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan di bawah pemerintahan Presiden Jokowi.

• Prabowo adalah generasi ketiga dari keluarga yang telah memegang jawatan tinggi di Indonesia sejak negara ini ditubuhkan pada tahun 1945.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini