Tumpuan :
Dunia

Sheikh Mohammed PM baharu Qatar.

Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani

DOHA: Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani melantik Menteri Luar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani sebagai perdana menteri baharu negara itu.

Agensi Anodolu melaporkan, pelantikan Sheikh Mohammed menggantikan Sheikh Khalid bin Khalifa bin Abdulaziz Al Thani.

Pejabat Emir dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Sheikh Mohammed dilantik sebagai perdana menteri selepas Emir menerima peletakan jawatan Sheikh Khalid.

Loading...
Terkini