CHINA: Bandar Shanghai ditenggelami air selepas dilanda Taufan Pulasan dengan kekuatan angin sehingga 83 kilometer sejam.
Terdahulu amaran telah dikeluarkan kepada penduduk di kawasan terjejas.
Ia adalah taufan kedua melanda bandar itu dalam tempoh kurang seminggu selepas dilanda Taufan Bebinca.
Lapor media antarabangsa, Pulasan semakin lemah selepas ia melanda daratan.
Kekuatannya bagaimanapun dijangka semakin bertambah selepas bergerak menuju ke arah timur laut negara.
Tiada kemusnahan teruk atau kematian dilaporkan setakat ini – VOA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.